AMP Berdukacita dengan Pemergian Encik Lee Kuan Yew

23 March 2015

  1. Angkatan Karyawan Islam (AMP) amat berdukacita dengan pemergian Mantan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew.
  2. Sebagai Perdana Menteri pertama, dan juga pengasas negara moden Singapura, sumbangan beliau dalam menerajui usaha untuk membangunkan negara kita daripada negara Dunia Ketiga kepada sebuah negara Dunia Pertama sejak tahun 1965 tidak boleh dinafikan mahupun disaingi. Kejayaan dan pertumbuhan pesat yang dinikmati Singapura hari ini adalah hasil usaha Encik Lee dan juga kecekapan beliau dalam menggubal dasar-dasar penting untuk kemajuan dan pembangunan negara kita.
  3. Pemergian beliau akan meninggalkan kekosongan dalam arena politik Singapura, tetapi, lebih dari itu, dalam hati warga Singapura.
  4. Kami ingin menyampaikan salam takziah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan juga keluarga Encik Lee pada masa yang sukar ini.

TAMAT